Wednesday, December 29, 2010

Mengantuk Ku dah Hilang :)

Situasi:@ my office..time keje la sayang

Ujung2 tahun camni mmg x de mood nk buat keje...dr pagi tadi lagi kejenyer cuma berborak ngan member & melangut depan komputer baca Utusan Online & blog Genta Rasa (utk santapan jiwa..hehe)..1 keje pun saya x buat lg..mentang2 la big boss cuti 1 week kan :)..ambik kesempatan la

Borak dah habis & tgk internet pun dah habis...keje x buat lagi..tp mata lak ngantuk..aduyaii, lambatnya nak pukul 1..mata dah x tahan ni..tapi rupa2 nyer bkn sy sorang yg ngantuk,member yg menyembang sama td pun ngantuk & dh lena pun (meja dia tlindung sket, so if tido pun orang x nampak)..
Chem, nampak best je tido..jeles i

Di saat2 mengantuk ni, tiba2 member (K.Nani) ada dtg bagi article..katanya "bacalah"..so saya baca lah..kelakar punyer article..mata yg ngantuk pun dah hilang.so kt sini sy sertakan utk kengkawan baca..

Subject: DS SAMY VELLU who will be always remembered

DS Samy Vellu finally and officially resigned from his post of the longest MIC President ever live, after leading the party for almost 31 years. The Malaysian Insiders has its story, here. Frankly, I will miss him very much especially for all his funny quotes he made all these years. Like what our Prime Minister said in the 2010 Barisan Nasional Conference, “We will miss DS Samy Vellu because he add a lot of color … sometimes a bit too much color”. Therefore, as a token of appreciation, I just wanna share his famous quotes ever made by the one and only, Samy Vellu.



1. Samy Velu quoted on Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. On one TV news when he tried to say he felt very ashamed:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy said in one of his “ceramah”:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Then one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" And Samy gloriously replied, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Samy's most favourite quote on the news for the decade is this:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. During water crisis:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. On social society's problem:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. During blood donation's program at Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. His welcome speech in most of his functions:
"Selamat datang saudara-mara semua" (It should have been “saudara-saudari”)

9. During the height of the Al-Arqam's saga, he said in a press conference:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. At an opening ceremony for a new building:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

And of course the world's greatest joke of all times:

"Kita akan bina roket pigi matahari." One of the reporter responded, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy replied, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

There you are folks. For DS Samy Vellu, we wish you all the best!

That's all for today..saya dah bole buat keje..mata dah x ngantuk..he3

p/s: credit to K.Balkis yg forward email ni..
       cedit to K.Nani yg dah berjaya menghilangkan ngantuk saya..

Bye2

Tuesday, December 28, 2010

Mengidam @ Mengada??

Rupanyer dh lama x mengbizikan diri dgn blog2 ni...actually byk citer tp kemalasan nk menaip yg menjadi masalah..hehe!!paling rajin skang pun baca blog2 member2 je..

So i nak bukak cerita ari ni psl org mengandung yg mengidam..sape tu??sy ler..Semenjak dua menjak, jari ni nak sgt pakai cincin berlian je.kepala otak ni duk pikir psl benda ni je...kalo ada feeling cmni leh panggil mengidam gak ke??setahu saya orang mengandung mengidam nk makan je..tp kes sy ni pelik..aduhaiii

      diamond ring bentuk hati...bestnyer kalo dpt beli yg camni

Actually kes camni pernah jadi gak pd somebody yg sy kenal..tp masa tu saya ngan member2 ada kutuk2 gak..kononnya pompuan ni bukannyer mengidam tp MENGADA-NGADA coz laki dia anak org kaya!!skang nah sebijik kena batang hidung sendiri...so terdiam & termalu la dgn sendiri!!

Berbalik pd kisah cincin tu...saya dah bgtau mr hubby & my mom too..supaya carikan cincin berlian utk saya..by hook or by crook kena beli gak..please!!

So kawan2..i ni mengidam @ mengada2.sila jawab!!hehe...

p/s: kesimpulanya jgn mengata @ mengutuk orang..nnt kena balik kt btg idung sendiri!! i insaf u :)

bye2

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum...

Bulan Ramadhan bulan yang agung lagi diberkati..Jiwa beriman gembira menanti..Ibadah puasa bukti iman sejati..
Lailatulqadar sentiasa di nanti...Segala amalan mohon diberkati..kepada Allah yang merahmati

SELAMAT BERPUASA..
*ermm balik jap agi nk masak apa yer..apa kata beli je lauk kat pasar ramadhan kan??hehehee

Tuesday, August 10, 2010

Alhamdulillah..kunci umah baru dh dapat!!

Salam semua..

Oleh kerana dh lama x publish new post so ari ni la baru bole cerita sket..

Alhamdulillah, saat2 yang ku nantikan dh menjelma..Kunci umah baru kami dah dpt...Dah x sabar rasanyer nk pindah umah baru...bayangkan umah skang yg apartment kami tinggal tingkat 3 & x de lift..ari2 naik turun..penat beb..anak kesayanganku pun kena dukung...x pe sayang,mama sayang Rania..

Dipendekkan cerita,after dpt kunci kami pegi inspection umah..kot2 dinding retak,siling bocor @ whatever yg boleh komplain pd pemaju..
Ermm grill pun dh booking..
Cuma perancangan kami utk pindah umah baru sblm puasa x kesampaian..rsnye x sempat..byk benda lg yg nk kena setle..x pe, sabar je la...
So ni gambar depan umah kami yang sempat sy snap..
Semoga umah baru ni akan menjadi Rumahku Syurgaku utk saya, suami & anak-anak nanti.......Amin


Tuesday, June 15, 2010

Saja2..

Salam..

Ari ni second day aku bkerja slps cuti 5 ari di kampung..mood bercuti still ada.rasa cam malas nk wat keje..Time ni mula la brangan..alangkah bestnya kalo dh kaya..jadi jutawan,aku x payah keje..just uruskan anak suami & hal umah tangga je..duit x jadi masalah..ujung tahun pegi bcuti..wahh bruntungnya kalo jadi camtu..tapi tu cuma angan2 je la.Dlm dunia sebenarnya..aku ni selagi belum tutup mata,keje keje keje...

Rasanya dah lama aku x mengupdatekan blog ni ngan new entry..later la aku cerita ceriti..actually byk cerita tp skrg mood & masa je x sesuai..nnt next entry la aku cerita psl kenduri kahwin adik aku last week..Penatnya pun x abis lg..

Nak sambung keje lak..kat opis ni tau..nnt x psl boss marah keje x siap..

Friday, May 7, 2010

Sungai Dalam Laut....Subhanallah

Salam kengkawan...

Sempena ari Jumaat ni, saya nk kongsi 1 article dari http://keranacinta.wordpress.com/ tentang ajaibnya ciptaan Allah swt...Sungai dlm laut...mengkagumkan!!
Subhanallah. Demikian hebat ciptaan Allah, apakah belum tergerak di hati kita untuk mentaatiNya sepenuh hati? Sebagai tazkirah & santapan rohani pada kita (especially me la...)

Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi. Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua. Tujuan ia dicipta guna membawa hati kepada Allah. Jika penglihatan diguna melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan. Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan. Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.
Artikel di bawah sudah diedit ke Bahasa Melayu. Artikel asal dalam Bahasa Indonesia.

Berhati-hatilah dengan fatamorgana dunia!

*********************************************************************
KISAH AIR MASIN AIR TAWAR
&
SUNGAI DALAM LAUT

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53)

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Maksudnya: Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)


Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Maksudnya: Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.


Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”. Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.



فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?
(Al-Rahman 55: 13)

أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
(Al-Naml 27:61)

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Al-Naml 27:62)

Nota: Terdapat perselisihan pendapat mengenai keislaman Jaques Costeau. Hal itu sama ada benar atau tidak, saya sudah mengulasnya dalam ruangan komen. Terdapat perkongsian idea daripada para pembaca yang saya luluskan penerbitannya. Harap dapat baca semua komen terutama yang memberi fakta berbeza untuk mendapat gambaran lebih jelas tentang artikel ini.
Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.



Wednesday, May 5, 2010

Kesibukan yang melanda..

Salam U olz....

Ari ni kesibukan sket..sbb ada artis nk dtg..nk tau sape?jeng jeng...Dato Sharifah Aini..ermm x sabar gak nk tgk dia..mesti cantik..

Nk tau nape aku gak turut sibuk?haaa...sbbnyer nk kena uruskan susun atur meja,kerusi and all things di auditorium.Actually Dato Sharifah Aini dtg wat kunjungan di sekolah yg ada dlm bangunan opis aku ni..kt sekolah ni ada anak-anak yatim..so Dato Sh Aini dtg tgk anak2 yatimmkat sini la..bagus dia kan..kan..kan!!

Kalo u olz nak tau,if ada apa2 function kt bangunan opis ni,aku la di antara yg sibuk nk kena uruskan logistik, sekuriti & maintenance...ishh2 cam event planner lak kan..x der maknanyer event planner, dah ler kepenatan pastu kena marah kt boss lak..aduyaii!!

Ok la got to go..nk g jenguk auditorium..dh ok lum..kul 2 Dato smpi..press pun ada..if nk tgk Dato Sharifah Aini jemput la dtg ye..alamat?meh sini email, i emailkan..

K bye2

Monday, May 3, 2010

Almost 5 pm..

Now almost 5 pm..dah x sabaq nak balik umah..my Princess Rania dah tunggu kat umah..mama rindu la kat sayang..

Selama 8 jam kat opis ari ni, boleh la aku rumuskan...ermm keje x busy sgt..biasa2 je..sempat bukak tenet..read utusan online (kena tau perkembangan semasa gak)..tgk FB (suka tgk FB kengkawan..cuma nk komen je malas) & bukak blog (suka gak tgk blog org len tp blog sendiri malas nk update..sbbnyer x bape pandai lg..hikhik)

So got to go...hamba nk kemas brg2 lak..get ready nk balik..

Byee

Tuesday, April 27, 2010

Rania chicken pox :((

Tengah hari tadi dpt call dari pengasuh..kat badan Rania ada biji2 merah!! hati aku ni dah naik risau..anak aku sakit apa lak ni?So terus call my hubby mintak dia amik Rania & amik aku..nk g klinik!!

Dh sampai klinik Doc check & bgtau my Rania kena chicken pox..tp nasib baik x demam..aduyaiii..ksian anak mama.Dah x bley hantar taska..so ari ni papa Rania yg jaga..esok lusa x tau lg..mintak2 papa x busy..if not mama yg kena cuti lagi..bulan lepas pun dh byk cuti coz jaga Rania demam & mizzles...

Hati ibu ni x sampai hati nk tinggalkan anak yg sakit,tp nk wat cmner kite ni makan gaji..kalo byk sgt cuti nnt boss lak bising...Sayang tinggal ngan papa yer..after 5 pm sampai mlm mama jaga sayang ye..

Luv U sayang...

Monday, April 26, 2010

My Celcom

arghh lega..baru je balik dari celcom branch shah alam..settlekan aku punyer tepon.b4 tis guna prepaid..ingatkan jimat la,tp rupanya cecah rm3oo sebulan..mau taknya, abis kredit je top up..

So skang dh tukar kpd bil..Min sbulan rm50 & max rm300!!Hopefully berbaloi2 :)

Monday, April 12, 2010

Shopping @ The Curve

Semalam after had a lunch kt Restoran Hassan @ Taipan(our favourite kelantan restaurant actually),aku ngan my hubby kuar la bwk our princess Rania jalan2 + shopping..kali ni ktorg pegi The Curve..alhamdulillah jalan clear je.x jammed!!

Kali ni nk shopping beli car seat utk Rania..sian anak mama,bucket yg lama dh muat ye..so tinjau punya tinjau,jalan punyer jalan ktorg decide utk beli kt butik A Few Years.actually byk choice kt situ..after dgr explanation & suggestion from salesgirl kt situ so ktorg decide beli Britaxx Car Seat..ermm harga leh tahan gak..tp demi keselamatan dan keselesaan our princess so we bought it..

Orait dh selesai beli car seat, papa pun bwk la Rania g guardian pharmacy..igtkan nk beli ubat rupanya beli berus gg & ubat gg tuk Rania...gg pun baru ada 4 btg kt bwh & 2 btg kt bwh..kata papa nk ajar Rania gosok gg.Bagus la...

Since brg2 tuk Rania dh beli so ktorg g lak ke Plaza Masalam..mama lak nk shoping..hehehe

Saturday, April 10, 2010

Aduyaiii....

Salam u allz..

Right now aku kat ofis..dtg ofis kononnya nk settlekan keje sket tp x tbuat gak..Biasa la if bwk Rania sentiasa nk kena pegang..if x menangis..my princess lum pandai jalan..lagipun myb sayang mama bosan..ofis mama x de toy..

Kul 1.30 td aku dh decide nk blk..dh msk lift tp tiba2 kunci keta lak jatuh kt celah2 pintu lift..aduyaiii x bole amik!apa laa nasib..dah ler Rania pun nangis nk tido..

So aku msk opis blk & call budak lift..x tau ler kul bape dia dtg.Almost 1 jam dh aku tunggu ni.Rania pun dh tido..Peyut pun dh bunyi..Lapoooooooo!!

Aduyaiiii.......Nasib badan

Friday, April 9, 2010

Hobi Baru..Blog Blogging Blogger

Assalamualaikum..

B4 this slalu tinjau blog kengkawan..so terpikir gak "ermm best gak ye ada blog ni..leh type apa2.something cam diari gak..cuma x private confidential je..Kalo dulu tulis diari dlm buku tp skang dh modern guna komputer je..So FROM THIS MOMENT bermulalah episod baru dlm idup aku dgn hobi baru..berBLOG!!


Since aku baru lg dlm dunia blog ni so layan
Tunggu next entry

Bye bye